KISAH NABI ADAM A.S. -2-

Pengetahuan Adam Tentang Nama-Nama Benda.

Allah hendak menghilangkan anggapan rendah para malaikat terhadap Adam dan menyakinkan mereka akan kebenaran hikmat-Nya menunjuk Adam sebagai penguasa bumi,maka diajarkanlah kpd.Adam nama-nama benda yg.berada di alam semesta,kemudian diperagakanlah benda-benda itu di depan para malaikat seraya:
“Cubalah sebutkan bagi-Ku nama benda-benda itu,jika kamu benar merasa lebih mengetahui dan lebih mengerti dari Adam.”
Para malaikat tidak berdaya memenuhi tentangan Allah utk. menyebut nama-nama benda yg.berada di depan mereka.Mereka mengakui ketidak-sanggupan mereka dgn.berkata:”Maha Agung Engkau! Sesungguhnya kami tidak memiliki pengetahuan tentang sesuatu kecuali apa yg.Tuhan ajakan kepada kami.Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana.”

Adam lalu diperintahkan oleh Allah utk.memberitahukan nama-nama itu kpd.para malaikat dan setelah diberitahukan oleh Adam,berfirmanlah Allah kpd.mereka:”Bukankah Aku telah katakan padamu bahawa Aku mengetahui rahsia langit dan bumi dan mengetahui apa yg.kamu lahirkan dan apa yg.kamu sembunyikan.”

Adam Menghuni Syurga.

Adam diberi tempat oleh Allah di syurga dan baginya diciptakanlah Hawa utk.mendampinginya dan menjadi teman hidupnya,menghilangkan rasa kesepiannya dan melengkapi keperluan fitrahnya utk.mengembangkan keturunan.
Menurut cerita para ulamat Hawa diciptakan oleh Allah dr.salah satu tulang rusuk Adam yg.disebelah kiri diwaktu ia masih tidur sehingga ketika ia terjaga,ia melihat Hawa sudah berada di sampingnya.ia ditanya oleh malaikat:”Wahai Adam! Apa dan siapakah makhluk yg.berada di sampingmu itu?”Berkatalah Adam:
“Seorang perempuan.”Sesuai dgn.fitrah yg.telah diilhamkan oleh Allah kpdnya.”Siapa namanya?”tanya malaikat lagi.”Hawa”,jawab Adam.”Utk.apa Tuhan menciptakan makhluk ini?”,tanya malaikat lagi.Adam menjawab:”Utk.mendampingiku,memberi kebahagian bagiku dan mengisi keperluan hidupku sesuai dgn.kehendak Allah.”

Allah berpesan kpd.Adam:”Tinggallah engkau bersama isterimu di syurga,rasakanlah kenikmatan yg.berlimpah-limpah didlmnya,rasailah dan makanlah buah-buahan yg.lazat yg.terdapat di dlmnya sepuas hatimu dan sekehendak nasfumu.Kamu tidak akan mengalami atau merasa lapar,dahaga ataupun letih selama kamu berada di dlmnya.Akan tetapi Aku ingatkan janganlah makan buah dari pohon ini yg.akan menyebabkan kamu celaka dan termasuk org-org.yg.zalim.Ketahuilah bahawa Iblis itu adalah musuhmu dan musuh isterimu,ia akan berusaha memujuk kamu dan menyeret kamu keluar dari syurga sehingga hilanglah kebahagiaan yg.kamu sedang nikmat ini.”

Iblis Mulai Beraksi.

Sesuai dgn.ancaman yg.diucapkan ketika diusir oleh allah dari Syurga akibat pembangkangannya dan terdorong pula oleh rasa iri hati dan dengki terhadap Adam yg.menjadi sebab sampai ia terkutuk dan terlaknat selama-lamanya tersingkir dari singgahsana kebesarannya.Iblis mulai menunjukkan rancangan penyesatannya kpd.Adam dan Hawa yg.sedang hidup berdua di syurga yg.tenteram,damai dan bahagia.
Ia menyatakan kpd.mereka bahawa ia adalah kawan mereka dan ingin memberi nasihat dan petunjuk utk kebaikan dan mengekalkan kebahagiaan mereka.Segala cara dan kata-kata halus digunakan oleh Iblis utk.mendapatkan kepercayaan Adam dan Hawa bahawa ia betul-betul jujur dlm nasihat dan petunjuknya kpd.mereka.Ia membisikan kpd.mereka bhw.larangan Tuhan kpd.mereka memakan buah-buah yg.ditunjuk itu adalah krn.dgn.memakan buah itu mereka akan menjelma menjadi malaikat dan akan hidup kekal.Diulang-ulangilah pujukannya dgn.menunjukkan akan harumnya bau pohon yg.dilarang indah bentuk buahnya dan lazat rasanya.Sehingga pada akhirnya termakanlah pujukan yg.halus itu oleh Adam dan Hawa dan dilanggarlah larangan Tuhan.
Allah mencela perbuatan mereka itu dan berfirman yg.bermaksud: “Tidakkah Aku mencegah kamu mendekati pohon itu dan memakan dari buahnya dan tidakkah Aku telah ingatkan kamu bahawa syaitan itu adalah musuhmu yg.nyata.”

Adam dan Hawa mendengar firman Allah itu sedarlah ia bahawa mereka telah terlanggar perintah Allah dan bahawa mereka telah melakukan suatu kesalahan dan dosa besar.Seraya menyesal berkatalah mereka:”Wahai Tuhan kami! Kami telah menganiaya diri kami sendiri dan telah melanggar perintah-Mu krn.terkena pujukan Iblis.Ampunilah dosa kami krn.nescaya kami akan tergolong org-org yg.rugi bila Engkau tidak mengampuni dan mengasihi kami.”

Leave a Reply